Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS TA'ALIM ALQURAN SIRI 1/2017

BOLKIAH GARISON – Juma’at 13 Januari 2017 Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan majlis Penutup Kursus Ta’alim Al-Quran bagi anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.

Acara ini telah dihadiri oleh Yang Mulia Kapt Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, selaku tetamu kehormat, turut hadir di majlis tersebut adalah pegawai-pegawai, anggota-anggota Jabatan Agama ABDB dan peserta kursus.

Seramai sembilan orang anggota dari unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menghadiri kursus tersebut yang mana kursus ini telah dijalankan selama lima hari di Bilik Muzakarah Jabatan Agama ABDB. Kursus ini diadakan adalah sebagai usaha untuk memberikan pendidikan asas dalam pembacaan Al-Quran dan melahirkan pegawai dan anggota yang celik Al-Quran dan  pengenalan secara terperinci berkenaan dengan huruf-huruf hijaiyyah seperti sebutan huruf dan sifat-sifatnya serta memberi panduan terhadap bacaan huruf hijaiyyah yang berbaris dengan tajwid yang betul. Para peserta kursus juga didedahkan dengan bacaan huruf hijaiyyah berbaris yang berpandukan tasbih penyucian diri.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan surah Al-Alaq ayat 1 hingga 19 yang bacakan oleh 18624 Kpl Muhammad Sallehuddin bin Haji Musa dari Markas Rejimen Pasukan Khas, salah seorang peserta kursus. Seterusnya persembahan dari peserta-peserta kursus. Akhir sekali ucapan penutup dan penyampaian sijil kepada peserta kursus daripada tetamu kehormat majlis. Doa penutup telah dibacakan oleh salah seorang peserta kursus 15799 Sjn Rachman bin Haji Ali Yusof dari Markas Rejimen Pasukan Khas.