Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

Majlis Penutup Kursus Ta’alim Al-Quran anjuran Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) bagi semua warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan kepada saudara-saudara baru ABDB

Surau Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison, 5 February 2016 - Majlis Penutup Kursus Ta’alim Al-Quran anjuran Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) bagi semua warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan kepada saudara-saudara baru ABDB telah diadaken pada pagi tadi. Ianya adalah sebagai usaha untuk memberikan pendidikan asas dalam pembacaan al-quran dan melahirkan pegawai dan anggota ABDB yang celik Al-Quran.

Hadir selaku tetamu kerhormat ialah Kapten Arifin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB. Diantara ucapan beliau ialah "Adapun ganjaran-ganjaran orang yang berusaha untuk mempelajari Al-Quran ini supaya menjadi golongan yang terbaik di kalangan manusia telah dinyatakan pada banyak hadith Rasulullah S.A.W.     baginda memberikan khabar gembira kepada mereka yang mahu mempelajari Al-Quran dengan sabda baginda yang menyatakan orang yang mahir dengan Al-Quran akan diletakkan setanding dengan makhluk-makhluk yang tidak pernah berbuat dosa iaitu para malaikat. Malahan, bagi mereka yang bertungkus lumus mempelajari al-quran dan masih tersekat-sekat pun akan diberi ganjaran dua kali ganda, iaitu ganjaran membaca dan ganjaran berusaha."

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 18 anggota ABDB dengan seorang pegawai dan 2 saudara baru. Kursus ini telah diadakan bermula pada 01 februari 2016 hingga 05 februari 2016 bertempat di kelas surau kementerian pertahanan, bolkiah garison. 

Objektif kursus ini diadakan ialah memberi pengenalan secara terperinci berkenaan dengan huruf-huruf hijaiyyah seperti sebutan huruf dan sifat-sifatnya. Memberi panduan terhadap bacaan huruf hijaiyyah yang berbaris dengan tajwid yang betul dan  menerapkan sistem pengajaran cepat baca quran (cbq) kepada anggota-anggota kursus.