Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP PROGRAM SYABABUL WATAN (TUNAS BANGSA) BAGI ANAK-ANAK WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TAHUN 1442H/2020M
http://www.agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/Article/2020/Syabab2020.jpeg

Bandar Seri Begawan, Juma'at, 11 Disember 2020 – Majlis Penutup Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) Bagi Anak-anak Warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Tahun 1442H/2020M anjuran Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT) telah sempurna dilaksanakan pagi ini di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan.

Hadir selaku tetamu kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel (U) Awang Mohammad Irwan bin Yahya, Penolong Ketua Staf Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut, penyelia Pusat Belia dan ibu bapa peserta program.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan secara hafazan Surah Al-Insyiqaq oleh peserta program, Shaikh Aydeen Al-Asy'ari bin Shaikh Sharul Azhar dan diteruskan dengan rumusan program oleh Leftenan (U) Hj Muhd Syasuandi bin Hj Abu Bakar, Pegawai Penyelaras Program. Seterusnya menjemput Yang Mulia Tetamu Kehormat berkesudian untuk menutup rasmi program tersebut dan menyampaikan sijil serta cenderahati kepada para peserta program. Doa Penutup dibacakan oleh Ak. Al-Mateen Noor Haikal Ikmal bin Pg Noor Mehaly, peserta program tersebut.

Adapun objektif Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) adalah sebagai salah satu usaha  dalam meningkatkan pengisian kerohanian JAMA'AT kepada anak-anak Warga Kementerian Pertahanan dan ABDB pada sesi cuti persekolahan penggal akhir 2020. Antara pengisian program ini ialah lawatan ke tempat-tempat menarik, motivasi dan tazkirah agama serta program-program agama untuk mendidik dan memupuk kesedaran serta kemahiran kendiri agar belia bersemangat cekal, yakin diri dan bertanggungjawab.