Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN DAN RENDAH JABATAN AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Bolkiah Garison - Juma'at 10 Februari 2017 Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan majlis kenaikan pangkat PTB-PTB kanan dan Rendah bagi anggota-anggota Jabatan Agama ABDB yang berlangsung di Dewan Wira Seni (Concert Hall), Pancaragam ABDB.
 
Hadir di majlis tersebut ialah Leftenan Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Selaku tetamu kehormat majlis. Penolong Ketua Jabatan Agama, pegawai-pegawai tentera dan awam JAMA'AT, jemputan-jemputan khas dan warga Jabatan Agama ABDB.
 
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh 12933 PW2 (U) Mohamad Suni bin Haji Mahmud. Dan seterusnya penyempurnaan pangkat yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Leftenan Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim.
 
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh 12933 PW2(U) Mohamad Suni bin Haji Mahmud dan sesi bergambar ramai.