Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

UNISSA AND KUPU SB INDUSTRIAL TRAINING STUDENTS END THE INTERNSHIP PROGRAMME AT THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES RELIGIOUS DIRECTORATE WITH A FAREWELL CEREMONY
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/April%20-%20Dec%202024/intern1.jpg

BOLKIAH GARISSON, THURSDAY, 18 JULY 2024 - The Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA'AT) has held a farewell ceremony for six industrial training students from Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) and Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) at the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA'AT).

Present as the Guest of Honor for the farewell ceremony was Yang Mulia Lieutenant  Colonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Acting Director of JAMA'AT.

Also present were the officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA'AT). The ceremony began with a video showcasing the entire involvement and activities of industrial training students, followed by a speech from the representative of industrial training students, Abdul Qawi bin Abdullah Abd. Malik, who expressed gratitude to JAMA'AT staff for their guidance and working facilities throughout the industrial training program.

Throughout their 10-week industrial training, students have experienced various activities to complete their respective program in this directorate, such as activities according to the placement of the students in each cell, namely doing teaching practice, doing research, presenting work, knowledge sharing and exposure to the working environment in the office. The aimed of each program that has been arranged is to give students the opportunity to gain practical and theoretical experience that could help increase students' knowledge about the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).


intern2.jpg (784×522)

intern4.jpg (784×522)

intern3.jpg (784×522)

intern5.png (784×522)

intern5.jpg (784×522)

PELAJAR-PELAJAR LATIHAN INDUSTRI UNISSA DAN KUPU SB MENAMATKAN PROGRAM PENEMPATAN KERJA DI JABATANARAH AGAMA ABDB DENGAN MAJLIS PERPISAHAN

BOLKIAH GARISSON, KHAMIS, 18 JULAI 2024 – Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) telah mengadakan majlis perpisahan bagi enam orang pelajar Latihan Industri dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Pemangku Pengarah JAMA'AT.

Turut Hadir ke majlis tersebut Pegawai-pegawai serta anggota-anggota Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT). Majlis dimulakan dengan tayangan video yang memaparkan keseluruhan penglibatan dan aktiviti pelajar Latihan Industri dan diteruskan dengan ucapan dari wakil pelajar Latihan Industri, Abdul Qawi bin Abdullah Abd. Malik yang mengongsikan penghargaannya sepanjang mengikuti program Latihan Industri dari segi tunjuk ajar dan kemudahan bekerja yang diberikan oleh kakitangan JAMA'AT.

Sepanjang menjalani Latihan Industri selama 10 minggu, pelajar-pelajar tersebut telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti untuk melengkapkan program masing-masing di jabatanarah ini seperti aktiviti mengikut penempatan pelajar di setiap sel iaitu membuat latihan mengajar, membuat kajian, membentangkan kerja, perkongsian ilmu dan pendedahan kepada persekitaran kerja di pejabat.  Matlamat setiap program yang telah disusun adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman praktikal dan teori yang boleh membantu meningkatkan pengetahuan pelajar tentang Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit @ Hamid, Pemangku Pengarah JAMA'AT dan bacaan doa penutup bagi mengakhiri majlis.