Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN SYABABUL WATAN (TUNAS BANGSA) 2024
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/April%20-%20Dec%202024/IMG_0722.jpg

TANAH JAMBU, Juma'at, 06 Disember 2024 – Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) bagi anak-anak warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) anjuran Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) telah menutup tirainya dengan Majlis Penutupan Program Syababul Watan di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai jemputan daripada unit yang terlibat, para ibubapa/penjaga dan anggota-anggota JAMA'AT.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan ayat Suci Al-Qur'an (Surah Al-Isra') oleh salah seorang perserta program iaitu Anang Muhammad Fathurrahman bin Anang Abdul Rahman. Majlis diserikan dengan persembahan oleh para peserta dan tayangan video yang memaparkan aktiviti para peserta di sepanjang program ini dijalankan. Seterusnya, Yang Mulia Tetamu Kehormat berkesudian menyampaikan sijil penyertaan dan cenderahati kepada para peserta program, disusuli dengan perasmian penutupan program. Bagi memberkati majlis, Doa Penutup telah dibacakan oleh Muhammad Nurnasrullah bin Mohd Sofian, peserta program.

Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) ini adalah acara tahunan anjuran JAMA'AT dan pada tahun ini sebanyak 35 peserta telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada 25 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta perempuan. Program selama lima hari ini adalah merupakan satu inisiatif pendekatan kekeluargaan bagi mengisi sesi cuti persekolahan dengan aktiviti bermanfaat yang dapat membina syakhsiah para peserta program dengan kegiatan kerohanian, aktiviti jati diri dan aktiviti lawatan sambil belajar.


IMG_0738.jpg (6000×4000)

IMG_0731.jpg (6000×4000)​​

IMG_0548.jpg (6000×4000)

IMG_0727.jpg (6000×4000)

IMG_0558.png (6000×4000)

IMG_0595.png (6000×4000)


IMG_0705.png (6000×4000)