Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PARTICIPATION OF OFFICERS AND PERSONNEL OF JAMA'AT ABDB IN THE FOURTH ISLAMIC PARENTING SKILLS WORKSHOP ORGANISED BY KUPU SB
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/Jan%20-%20Dec%202025/kpsb4.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 3 June 2025 – A total of six participants, comprising three (3) officers, two (2) Other Ranks and one (1) religious teacher from JAMA'AT ABDB, took part in the Fourth Islamic Parenting Skills Workshop organised by the Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB). The workshop was held over two days, from 2 to 3 June 2025, at the Tarbiah Hall, KUPU SB, Bandar Seri Begawan.

This participation reflects a positive initiative aimed at enhancing the parenting-related knowledge and skills of JAMA'AT ABDB officers and personnel, particularly in offering guidance and serving as role models within family institutions, especially among members of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). It also shows the department's ongoing commitment to fostering and strengthening bilateral relations with national's Islamic educational institutions.

Through this workshop, participants gained insights into Islamic parenting principles based on the Qur'an and Sunnah, improved communication skills in addressing generational gaps in raising child and family development, expanded knowledge of the roles and responsibilities of parents as family leaders and shaping the children's character, and deepened their understanding of mental health aspects within families, particularly among parents of special needs children.

kpsb1.jpg (1280×637)

kpsb3.jpg (676×412)

kpsb2.jpg (614×411)

kpsb5.jpg (672×458) 

Photo credits to: Pusat Antarabangsa dan Perhubungan Awam KUPU SB.

PENYERTAAN PEGAWAI DAN ANGGOTA JAMA'AT ABDB DALAM BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN ISLAM KALI KEEMPAT ANJURAN KUPU SB

 BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 Jun 2025 – Seramai enam orang peserta terdiri daripada tiga (3) pegawai, dua (2) anggota Lain-Lain Peringkat (LLP) serta seorang (1) guru ugama JAMA'AT ABDB telah menyertai Bengkel Kemahiran Keibubapaan Islam Kali Keempat yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari, bermula pada 2 Jun hingga 3 Jun 2025, bertempat di Dewan Tarbiah KUPU SB, Bandar Seri Begawan.

Penyertaan ini merupakan salah satu langkah positif dalam usaha meningkatkan kemahiran pegawai dan anggota JAMA'AT ABDB dalam memberikan bimbingan dan teladan dalam institusi kekeluargaan, khususnya dalam kalangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di samping mencerminkan komitmen berterusan jabatanarah ini dalam menjalin dan mengukuhkan hubungan dua hala bersama institusi-institusi pendidikan Islam di negara ini.

Melalui bengkel ini, para peserta dapat mengetahui prinsip-prinsip keibubapaan Islam berlandaskan al-Qur'an dan as-Sunnah, meningkatkan keupayaan komunikasi dalam menangani perbezaan generasi yang wujud dalam proses pendidikan anak-anak dan pengukuhan institusi keluarga, meningkatkan pengetahuan dan peranan ibu bapa sebagai pemimpin keluarga dan pembentukan akhlak anak-anak dan memperluas kefahaman tentang aspek kesihatan mental dalam kalangan keluarga serta ibu bapa yang menjaga anak-anak syurga.