Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP PROGRAM SYABABUL WATAN
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/Lists/News%20Headlines/NewForm.aspx?Source=https%3A%2F%2Fagamaabdb%2Emindef%2Egov%2Ebn%2FLists%2FNews%2520Headlines%2FAll%2520Announcements%2Easpx&RootFolder=

Tanah Jambu, Juma'at, 05 Disember 2025Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) bagi anak‑anak warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berakhir dengan berlangsungnya Majlis Penutup Syababul Watan yang diadakan pagi ini di Dewan Kuliah, Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Kepten Haji Norbahrin bin Haji Muamad, Ketua Inspektorat ABDB. Turut sama memeriahkan majlis ialah pegawai‑pegawai jemputan, pegawai-pegawai, jurulatih, serta para ibu bapa dan penjaga peserta Program Syababul Watan 2025.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat‑ayat suci Al‑Qur'an secara hafazan oleh peserta program, Yang Mulia Ak Qaid Ahmad Arfa bin Pg Saiful Hairol Adly. Suasana majlis turut diserikan dengan persembahan 'Lafaz Ikrar, Azam dan Janji' oleh para peserta, sebelum diteruskan dengan ulasan pengendali program berserta tayangan video sepanjang aktiviti berlangsung. Seterusnya, Yang Mulia Tetamu Kehormat dijemput untuk menyampaikan sijil penyertaan dan cenderahati kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh peserta program, Yang Mulia Nur Asfa Azizan bin Ardy.

Pada tahun ini, program tersebut telah menarik penyertaan seramai 34 orang peserta, terdiri daripada 25 lelaki dan 09 perempuan. Program lima hari ini berlangsung dari 01 hingga 05 Disember 2025 sebagai inisiatif tahunan yang bertujuan mengisi cuti penggal akhir persekolahan anak‑anak warga Kementerian Pertahanan dan ABDB melalui aktiviti bermanfaat, termasuk lawatan, pembinaan jati diri dan pengisian kerohanian.

SW1.jpg

SW3.jpg

SW4.jpg

SW2.jpg