Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Linksperanan

Peranan

 

TADBIR

Visi

Urus Tadbir Islam yang Efisien dan Kompeten Dalam Melahirkan Anggota Yang Professional.

Misi

Menyumbangkan dan Menyelaras Pemudahcara Pentadbiran dan Pengurusan Hal Ehwal Anggota Berlandaskan Konsep Melayu Islam Beraja.

Peranan

1. Memantau Penjagaan Kebajikan dan Penerapan Disiplin Anggota;

2. Memberikan Kemudahan Pengurusan Aset dan Logistik JAMA'AT;

3. Menyalurkan dakwah melalui penyebaran dan penerbitan informasi dan teknologi maklumat.




OPERASI

Visi

Khidmat Keagamaan Yang Efisien Dalam Pengukuhan Nilai-nilai Keagamaan Semasa Aman dan Perang Bagi Melahirkan Anggota Tentera Yang Bertaqwa.

Misi

Membantu dan memberikan khidmat keagamaan bagi menjaga kemaslahatan warga ABDB dan Kementerian Pertahanan;

Membimbing warga ABDB dalam penerapan kekuatan kerohanian semasa operasi;

Menyelaras Majlis-majlis dan Aktiviti Keugamaan di dalam ABDB dan Kementerian Pertahanan.

Peranan

1. Memberi khidmat Penyempurnaan Jenazah ABDB dan keluarga (jika diperlukan);

2. Memberi bantuan Keugamaan bagi Operasi atau Deployment Unit-unit AT;

3. Menyelaras dan menjalankan Majlis-majlis keugamaan di peringkat ABDB dan Kementerian Pertahanan;

4. Menjalankan Eksesais Kerohanian bagi anggota-anggota ABDB.




MASJID DAN DAKWAH

Visi

Penyebaran Syiar Islam bagi Meningkatkan Ketaqwaan dan Melaksanakan Dakwah Yang Professional Melalui Pengimarahan Masjid /Surau Berlandaskan Konsep Melayu Islam Beraja.

Misi

Mengukuhkan Institusi Masjid/Surau-surau Sebagai Pusat Kegiatan Dakwah dan Penerapan Jati Diri Anggota Yang Berlandaskan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Peranan

1. Mengungkayahkan Kuliah Agama;

2. Menyelaras Majlis Pengislaman anggota ABDB;

3. Melaksanakan Halaqah Mingguan;

4. Memberikan Bimbingan Agama kepada Saudara Baru.




LATIHAN

Visi

Pengukuhan Kefahaman Islam Dalam Melahirkan Anggota ABDB yang Setia, Taqwa, Berani dan Professional.

Misi

Menerapkan Nilai-nilai Islam Melalui Proses Tarbiyah Dalam Menjana Modal Insan Yang Syumul.

Peranan

1. Merancang dan Menyelaras Struktur Pendidikan Agama Yang Efektif;

2. Menyalurkan Pendidikan Islam Melalui Latihan, Kursus, Seminar, Forum, kepada warga Kementerian Pertahanan dan ABDB;

3. Meningkatkan Pembangunan Kapasiti anggota JAMA'AT Melalui Kerjasama Dengan Institusi Pendidikan Dalam dan Luar Negara.

4. Membudayakan dan memartabatkan Al-Qur'an di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB.




PEMBANGUNAN DAN BIMBINGAN RUMAHTANGGA

Visi

Ke Arah Pembentukan Modal Tentera Yang Professional Melalui Kesejahteraan Rumahtangga.

Misi

Memberikan pendidikan dan khidmat nasihat kekeluargaan serta menyelaras kes-kes Mal warga ABDB bersama agensi-agensi luar dan dalam agar dapat melahirkan keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

Peranan

1. Memberikan pendidikan kekeluargaan; Pra dan Pasca Pernikahan;

2. Memberikan khidmat nasihat keluarga (KNK);

3. Menyelaras aduan-aduan dapatan khidmat nasihat keluarga ke agensi-agensi yang berkenaan;

4. Menyelaras Perintah dan Keputusan  Kes Mal dari Mahkamah Syariah ke Jabatanarah /unit-unit AT.