Majlis Makan Malam Sempena Perpisahan Kapten Haji Suhaimi bin Samaih daripada Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia telah diadakan di Dewan Serbaguna Restoran Mamih Beribi pada jam 7.45 malam. Majlis tersebut dihadiri oleh seluruh anggota-anggota Jabatan Agama ABDB termasuk keluarga pegawai yang diraikan.
Acara yang dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan persembahan video ucapan daripada Penolong Ketua Jabatan, serta anggota-anggota JAMAAT. pengisian video itu juga diseliti dengan gambar-gambar aktiviti-aktiviti pegawai yang diraikan sempena sepanjang perkhidmatannya bersama JAMAAT. Majlis diteruskan dengan deklamasi syair oleh wakil anggota JAMAAT, Sjn Aziz bin Esri.
Majlis juga diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada semua anggota serta bergambar ramai. Acara diakhiri dengan bersalam-salaman bersama Kapten Hj Suhaimi.
Terima kasih buat Kapten Hj Suhaimi bin Semaih. Jasamu tetap dikenang. Semoga Allah Subhanahu Wataala membalas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.





