BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 17 September 2026 – The Religious Affairs Directorate (JAMA’AT), Royal Brunei Armed Forces (RBAF) hosted a Bilateral Meeting with the Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) via Video Teleconference (VTC) today.

The meeting was chaired by the Leftenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Religious Director, Royal Brunei Armed Forces, and was held as part of the ongoing bilateral defence cooperation between Brunei Darussalam and Malaysia.

The meeting provided an opportunity for both sides to exchange views and share experiences on matters related to religious affairs in the armed forces. Among the matters discussed were religious guidance and spiritual development for military personnel, professional development of religious personnel, as well as the sharing of knowledge, expertise and best practices in military religious affairs.

The bilateral meeting concluded with both sides reaffirming their commitment to further strengthen cooperation and professional ties between JAMA’AT RBAF and KAGAT.

MESYUARAT DUA HALA JAMA’AT ABDB DAN KAGAT

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 September 2026 – Jabatanarah Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) telah menjadi pengerusi kepada Mesyuarat Dua Hala antara JAMA’AT ABDB dan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang diadakan secara Persidangan Video Telekonferens (VTC) hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan diadakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia.

Mesyuarat berkenaan menjadi platfom bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama dalam angkatan tentera. Antara perkara yang dibincangkan termasuk bimbingan keagamaan dan pembangunan kerohanian anggota tentera, pembangunan profesional pegawai dan anggota agama, serta perkongsian pengetahuan, kepakaran dan amalan terbaik dalam bidang agama ketenteraan.

Mesyuarat Dua Hala tersebut diakhiri dengan kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk terus memperkukuhkan kerjasama serta hubungan profesional antara JAMA’AT ABDB dan KAGAT.