MUARA, Monday, 11 August 2025 – The Religious Directorate Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT RBAF) has deployed one of it’s Field Religious Assistant 53026 LCpl Muhammad Aiman Bin Saili to join the long time maritime deployment using Royal Brunei Ship (KDB) Darulaman (08).
This deployment is part of it’s participation in the ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX) Series 03/2025 held in Pulau Pinang, Malaysia, and a defence diplomacy visit to Vietnam. The 22 days of voyage commenced on 11 August 2025 and concluded on 1 September 2025.
The primary duties of the JAMA’AT personnel throughout the deployment were to ensure the smooth facilitation of religious practices which include leading the five daily obligatory prayers, reciting daily supplications, conducting solat hajat prayers, delivering religious talks (tazkirah), organizing other religious activities, offering spiritual guidance and responding to religious inquiries.
KDB Darulaman has safely arrived in Pulau Penang Island on Friday, 15 August 2025 and began the AMNEX 03/2025 which involved maritime from other ASEAN countries. During this exercise, the JAMA’AT personnel has attended the Opening Ceremony of the AMNEX 03/2025, the march pass parade and the Closing Ceremony on 21 August 2025.
Following the conclusion of the exercise, KDB Darulaman continued its voyage to Vietnam for a defence diplomacy visit and has arrived on Wednesday, 27 August 2025 at Cam Ranh Jetty, Vietnam.
After completing the visit, the crew of KDB Darulaman continued their journey home and safely arrived at Muara Naval Base on 1 September 2025. Upon arriving, a sujud syukur (prostration of gratitude) was performed led by 53026 LCpl Muhammad Aiman Bin Saili from JAMA’AT RBAF for making the journey safe.



PENEMPATAN ANGGOTA JABATANARAH AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DI KAPAL DIRAJA BRUNEI DARULAMAN (08) SEPANJANG PELAYARAN JARAK JAUH ASEAN MULTILATERAL NAVAL EXERCISE (AMNEX) 03/2025 DI PULAU PENANG DAN LAWATAN DIPLOMASI PERTAHANAN DI VIETNAM
MUARA, Isnin, 11 Ogos 2025 – Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) telah menempatkan seorang anggota Pembantu Medan Agama, 53026 LKpl Muhammad Aiman Bin Saili, bagi mengikuti pelayaran jarak jauh bersama Kapal Diraja Brunei (KDB) Darulaman (08).
Penyertaan ini adalah sempena Eksesais ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX) Siri 03 tahun 2025 yang diadakan di Pulau Pinang, Malaysia serta disusuli dengan lawatan diplomatik ke Republik Sosialis Vietnam. Pelayaran ini berlangsung selama 22 hari, bermula pada 11 Ogos 2025 dan berakhir pada 1 September 2025.
Sepanjang pelayaran, tugasan utama anggota JAMA’AT adalah untuk memastikan kelancaran dan pelaksanaan ibadah bagi anggota yang bertugas di KDB Darulaman. Tugas-tugas tersebut termasuk memimpin solat fardu lima waktu, membaca doa harian, melaksanakan solat sunat hajat, menyampaikan tazkirah, mengendalikan aktiviti-aktiviti keagamaan yang lain, memberikan nasihat agama serta menjawab persoalan-persoalan berkaitan hukum-hakam agama.
KDB Darulaman telah selamat tiba di Pulau Penang pada hari Juma’at, 15 Ogos 2025 bagi memulakan latihan bersama dalam Eksesais AMNEX 03/2025 yang turut disertai oleh maritim dari beberapa buah negara-negara ASEAN. Dalam eksesais tersebut, anggota JAMA’AT juga turut menghadiri Majlis Pembukaan Eksesais ASEAN AMNEX, acara berjalan lalu serta Majlis Penutup yang berlangsung pada 21 Ogos 2025.
Setelah itu, KDB Darulaman meneruskan pelayaran ke Vietnam bagi Lawatan Diplomasi Pertahanan dan telah tiba di Jeti Cam Ranh, Vietnam pada hari Rabu, 27 Ogos 2025. Lawatan tersebut telah berlangsung selama tiga hari sehingga 30 Ogos 2025.
Selesai lawatan tersebut, KDB Darulaman meneruskan pelayaran pulang dan telah selamat kembali ke Pangkalan Tentera Laut Muara pada 1 September 2025. Ketibaan ini disusuli dengan pelaksanaan sujud syukur yang dipimpin oleh 53026 Lkpl Muhammad Aiman Bin Saili, anggota JAMA’AT yang ditempatkan sepanjang pelayaran ini sebagai tanda kesyukuran atas pelayaran yang selamat dan berjaya.