Jabatan
Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
(KKBS) , Bandar Seri Begawan, Selasa 16 Ogos 2016
- Sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB)
yang ke 50 Tahun, telah diadakan penyerahan sumbangan amal
anggota-anggota TUDB kepada JAPEM.
Sumbangan
amal ini berupa makanan asasi harian sebagai tanda keprihatinan
terhadap golongan yang memerlukan di negara ini. Rombongan pegawai dan
anggota TUDB diketuai oleh 486 Mejar (U) Johar bin Hj Abdullah,
Pengerusi Majlis Kemasyarakatan TUDB Sempena HUT TUDB ke 50 Tahun.
Rombongan TUDB disambut oleh pegawai dan kakitangan JAPEM diketuai oleh Ketua Unit Bencana dan Bantuan Perumahan, JAPEM, Awang Mohd Johardi bin Hamdi. JAPEM
merupakan Jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang
mana salah satu matlamat mereka adalah meningkatkan penyertaan yang
luas dikalangan masyarakat, bahan-bahan sukarela dan sektor swasta dalam
memberikan perkhidmatan masyarakat.