PERKHIDMATAN JENAZAH

TANGGUNGJAWAB ANGGOTA JAMA’AT

Tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan bagi anggota JAMA’AT haruslah dipikul dengan hati yang redha dan Ikhlas, segala apa yang diarahkan bagi penyempurnaan jenazah  perlu diingati bagi semua anggota agar perlaksanaan tugas jenazah berjalan dengan lancar dan sempurna adalah seperti berikut:

  • Sentiasa bersedia mengurus apa jua bentuk jenazah yang diarahkan.
  • Mengurusnya dengan sebaik mungkin, sopan dan berhati-hati.
  • Tidak akan menyebarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban anggota/keluarga yang telah kembali kerahmatullah kepada orang lain.
  • Mengambil kira setiap aspek yang berkaitan hukum dan memastikan ianya sah mengikut hukum syara’.
  • Berintraksi dengan para waris untuk menenangkan suasana.
  • Memberi nasihat dan ketenangan kepada waris dalam menghadapi kesedihan.
  • Mengikuti majlis tahlil dan doa untuk jenazah setelah dikebumikan.

     

KATEGORI PENGURUSAN JENAZAH

    J1 - Jenazah Anggota Tentera (Keutamaan)

    J1 (Jenazah Anggota Tentera) – Adalah diberikan keutamaan komitmen yang penoh oleh Jabatan ini dan bersiap sedia untuk memberikan khidmat penyempurnaan jenazah serta kelengkapan Jenazahnya seperti lazimnya bagi pengurusan jenazah.  Panggilan keluar bagi setiap anggota di tetapkan 1 jam untuk hadir ketempat yang dimaklumkan.

    J2 - Jenazah Keluarga Tentera (Isteri atau Anak)

    J2 (Jenazah Keluarga Tentera) – Adalah diberikan keutamaan jika diperlukan khidmat pengurusan jenazah oleh anggota berkenaan kepada Jabatan Agama ABDB , anggota JAMA’AT akan memberikan khidmat yang sepenuhnya bagi pengurusan jenazah serta kelengkapan Jenazahnya.   J2 terdiri daripada keluarga anggota seperti Ibu,Bapa,Isteri dan Anak anggota tentera.  Panggilan Keluar tertakluk oleh Ketua Jabatan atau Pegawai yang diamanahkan untuk memaklumkan kepada setiap anggota.

    J3 - Jenazah Keluarga Terdekat Tentera (Kaum Kerabat)

    J3 (Keluarga Terdekat Tentera)    – Adalah diberikan keutamaan jika diperlukan khidmat pengurusan jenazah oleh anggota berkenaan kepada Jabatan Agama ABDB , anggota JAMA’AT akan memberikan khidmat yang sepenuhnya bagi pengurusan jenazah serta kelengkapan Jenazahnya.   J3 terdiri daripada keluarga terdekat anggota (Kaum Kerabat) seperti Mertua, Adik Beradik Anggota, Nenek, Adik-Beradik Ibu atau Ayah dan sebagainya.  Panggilan Keluar tertakluk oleh Ketua Jabatan atau Pegawai yang diamanahkan untuk memaklumkan kepada setiap anggota.

     

    J4 - Jenazah Anggota Awam KEMENTAH dan ABDB

    J4 (Jenazah Awam KEMENTAH/ABDB) – Adalah diberikan keutamaan komitmen yang penoh oleh Jabatan ini dan bersiap sedia untuk memberikan khidmat penyempurnaan jenazah serta kelengkapan Jenazahnya seperti lazimnya kepada anggota berkenaan.  Panggilan keluar bagi setiap anggota di tetapkan 1 jam untuk hadir ketempat yang dimaklumkan.  (Tertakluk kepada permintaan Waris)

     

    J5 - Jenazah Keluarga Anggota Awam KEMENTAH dan ABDB (Isteri dan Anak)

    J5 (Jenazah Keluarga Tentera) – Adalah diberikan keutamaan jika diperlukan khidmat pengurusan jenazah oleh anggota berkenaan kepada Jabatan Agama ABDB , anggota JAMA’AT akan memberikan khidmat yang sepenuhnya bagi pengurusan jenazah serta kelengkapan Jenazahnya.   J5 terdiri daripada keluarga anggota seperti Ibu,Bapa,Isteri dan Anak anggota tentera.  Panggilan Keluar tertakluk oleh Ketua Jabatan atau Pegawai yang diamanahkan untuk memaklumkan kepada setiap anggota.

    J6 - Jenazah Keluarga Terdekat Awam KEMENTAH dan ABDB (Kaum Kerabat)

    J6 (Keluarga Terdekat Tentera)    – Adalah diberikan keutamaan jika diperlukan khidmat pengurusan jenazah oleh anggota berkenaan kepada Jabatan Agama ABDB , anggota JAMA’AT akan memberikan khidmat yang sepenuhnya bagi pengurusan jenazah serta kelengkapan Jenazahnya.   J3 terdiri daripada keluarga terdekat anggota (Kaum Kerabat) seperti Mertua, Adik Beradik Anggota, Nenek, Adik-Beradik Ibu atau Ayah dan sebagainya. .  Panggilan Keluar tertakluk oleh Ketua Jabatan atau Pegawai yang diamanahkan untuk memaklumkan kepada setiap anggota.

    J7 - Permintaan Umum

    J7 (Permintaan Umum)    – Tertakluk kepada Ketua Jabatan apabila Khidmat Jabatan Agama diperlukan bagi pengurusan Jenazah.   J5 khusus bagi permintaan umum seperti kematian Bekas Tentera/Keluarga dan sebagainya yang diperlukan bagi penyempurnaan jenazah.   Panggilan Keluar tertakluk oleh Ketua Jabatan atau Pegawai yang diamanahkan untuk memaklumkan kepada setiap anggota.

    J8 - Jenazah bukan Islam

    J8 (Jenazah Bukan Islam)    – Apabila seorang anggota yang  Jenazah bukan beragama Islam gugur dalam petempuran atau pun semasa melaksanakan tugas, tugas dan tanggungjawab JAMA’AT hanyalah untuk menyerahkan tubuh anggota berkenaan kepada pihak keluarganya dan hadir dihari pengkebumiaanya untuk memberikan penghormatan kali akhir anggota berkenaan  jika sekiranya diperlukan, walaubagaimanapun kita kita selaku umat islam adalah tidak digalakkan untuk menghadiri sesuatu majlis kematian orang-orang bukan islam, melainkan jika keluarga yang benar-benar terdekat. (Tertakluk kepada Ketua Jabatan Agama)