Bolkiah Garison – Warga Kementerian Pertahanan dan Anggota Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha pada hari Khamis lalu di seluruh surau-surau perkhemahan pertahanan.

Dalam mengimarahkan Surau Kementerian Pertahanan dengan laungan takbir yang memuji kebesaran Allah, Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) dengan kerjasama Anggota-anggota ABDB telah mengadakan takbir beramai-ramai sejurus menunaikan Solat Fardu Isyak Berjemaah pada malam raya tersebut.
Laungan takbir itu juga diadakan serentak di semua surau-surau perkhemahan pertahanan dan di masjid pulau baru-baru di keempat-empat daerah dengan dipimpin oleh imam-imam yang dilantik.
Majlis Ibadah Qorban juga telah dilaksanakan pada hari-hari kebesaran itu di setiap surau-surau dan balai ibadat perkhemahan. Semoga segala amal dan kebajikan yang dibuat oleh semua warga ABDB dan Kementerian Pertahanan akan mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah Subhanahu wataala jua.