NEWS HEADLINES
JERAYAWARA HALA TUJU LEPASAN PELAJAR-PELAJAR INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 November 2023 – Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) telah dijemput untuk mengadakan Pameran Kerjaya Halatuju bagi Pelajar-pelajar Lepasan Pelajar Tahun 11 (2023) di bawah anjuran Bahagian Kaunseling dan Kerjaya Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) di Dewan Serbaguna Bangunan Asrama Lelaki ITQSHHB.
MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL BENGKEL TAHSINUL FIKRAH
BOLKIAH GARISON, Khamis, 09 November 2023 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Tahsinul Fikrah telah diadakan dan bertempat di Bilik Syura, Jabatanarah Agama ABDB, Markas Bolkiah Garison.
TAKLIMAT FIKRAH BAGI ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BOLKIAH GARISON, Rabu, 25 Oktober 2023 – Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) melalui Sel Nasihat dan Bimbingan Agama (NBA) telah memulakan satu program kesedaran melalui penyampaian taklimat yang dinamakan “FIKRAH”. Taklimat tersebut disampaikan kepada semua unit-unit Angkatan Tentera dalam usaha menangani dan mengurangi kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah yang melibatkan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
JAMA’AT SELAKU AHLI PANEL FORUM KESEJAHTERAAN KELUARGA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TDDB KE-61
BERAKAS GARISON, Juma’at, 22hb September 2023 - Forum Kesejahteraan Keluarga telah diadakan sempena Hari Ulang Tahun TDDB ke-61 tahun bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS DIKIR
BOLKIAH GARISON, Khamis, 07 September 2023 – Kira-kira seramai lebih kurang 70 peserta Bengkel Dikir Syarafil Anam & dikir Daibaie telah menyertai Bengkel anjuran Jabatanarah Agama ABDB yang diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANGGOTA WANITA JABATANARAH AGAMA ABDB (JAMA’AT)
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 05 Rabi’ul Akhir 1443H bersamaan 10 November 2021M - Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) melalui Sel Latihan dan Bimbingan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 1443H/2021M bagi Anggota Wanita JAMA’AT secara maya melalui platform Google Meet. Seramai 23 orang anggota wanita JAMA’AT yang terdiri daripada para pegawai, askar wanita dan kakitangan awam telah hadir mengikuti majlis tersebut.





