PEGAWAI JAMA’AT MENYERTAI SIMPOSIUM KAUNSELING ANTARABANGSA 2024
RIMBA, Selasa, 12 November 2024 – Seorang pegawai JAMA’AT telah menghadiri Simposium Kaunseling Antarabangsa 2024, anjuran Persatuan Kaunseling Brunei (PERKAB). Simposium yang bertemakan “Daripada Kesedaran Kepada Tindakan – Memobilisasikan Kemahiran Kaunseling di Peringkat Akar Umbi dalam Menangani Cabaran Kesihatan Mental” ini diadakan bermula 12 hingga 14 November 2024 di Institut Perkhidmatan Awam, Rimba.
Di antara objektif simposium ini diadakan adalah untuk melengkapkan para pemimpin di peringkat akar umbi dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran asas mengenai kaunseling, agar apa jua permasalahan anggota atau individu yang melibatkan kesihatan mental dapat ditangani dengan tatacara dan pendekatan yang betul. Simposium ini yang kebiasaannya dihadiri oleh para kaunselor, kali ini pada julung kalinya disertai oleh para pemimpin dan kakitangan dari beberapa sektor kerajaan dan bukan kerajaan, bagi memperkenalkan dan melengkapkan para peserta dengan pelbagai kemahiran yang dapat diaplikasi di tempat kerja masing-masing.
Simposium dimuatkan dengan beberapa pembentangan dan bengkel dari para pakar dan pengamal dalam bidang kaunseling dan juga kesihatan mental, serta sesi perbincangan panel dari beberapa orang pemimpin dari pelbagai bidang di dalam lingkungan masyarakat.



JAMA’AT OFFICERS PARTICIPATED IN THE 2024 INTERNATIONAL COUNSELLING SYMPOSIUM
RIMBA, Tuesday, 12 November 2024 – A JAMA’AT official attended the 2024 International Counselling Symposium, organized by the Brunei Counselling Association (PERKAB). The symposium themed ‘From Awareness to Action – Mobilizing Counselling Skills at the Grassroots Level in Addressing Mental Health Challenges’ was held from 12 to 14 November 2024 at the Public Service Institute, Rimba.
The objective of this symposium is to equip the leaders at the grassroots level with knowledge and basic skills about counselling, so that issues involving mental health can be dealt with the right procedure and approach. This symposium, which is usually attended by counsellors was joined for the first time by leaders and staff from several government and non-government sectors, to introduce and equip them with various skills that can be applied in their respective workplaces.
The symposium was loaded with several presentations and workshops from experts and practitioners in the field of counselling and mental health, as well as panel discussion sessions by leaders from various fields in the community.