Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENGHARGAAN GURU-GURU AGAMA AWAM ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Bolkiah Garison - Isnin, 13 Februari 2017 Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengadakan satu majlis penghargaan bagi guru-guru agama awam yang telah bersara dan tamat kontrak perkhidmatan di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
 
Hadir di Majlis tersebut ialah Leftenan Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, tetamu kehormat majlis. Pegawai-pegawai tentera dan awam, jemputan-jemputan khas, warga Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta guru-guru agama awam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
 
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi memperingati jasa guru-guru agama yang telah bersara dan yang telah tamat kontrak perkhidmatan maupun yang telah bertukar dari Kementerian Pertahanan yang telah berjasa berkongsi ilmu keugamaan dalam mengendalikan kursus-kursus di setiap unit-unit Angkatan Brsenjata Diraja Brunei kepada anggota-anggota tentera dan awam.
 
Majlis bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh imam Asdey Hazabullah bin Haji Md Zain, Imam Surau Ad-Difa' Kementerian Pertahanan. Dan seterusnya ucapan alu-aluan dari tetamu kehormat majlis dan tayangan video kenangan.
 
Penyampaian sijil dan cenderamata kepada seramai 12 orang guru-guru agama yang disampaikan oleh Leftenan Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei seterusnya bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Imam Asdey Hazabullah bin Haji Md Zain. Akhir sekali sesi beramah mesra bersama guru-guru agama yang diraikan.