Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANGGOTA WANITA JABATANARAH AGAMA ABDB (JAMA’AT)

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 05 Rabi'ul Akhir 1443H bersamaan 10 November 2021M - Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) melalui Sel Latihan dan Bimbingan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 1443H/2021M bagi Anggota Wanita JAMA'AT secara maya melalui platform Google Meet. Seramai 23 orang anggota wanita JAMA'AT yang terdiri daripada para pegawai, askar wanita dan kakitangan awam telah hadir mengikuti majlis tersebut.



MAJLIS PENUTUP PROGRAM SYABABUL WATAN (TUNAS BANGSA) BAGI ANAK-ANAK WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI TAHUN 1442H/2020M

Bandar Seri Begawan, Juma'at, 11 Disember 2020 – Majlis Penutup Program Syababul Watan (Tunas Bangsa) Bagi Anak-anak Warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Tahun 1442H/2020M anjuran Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT) telah sempurna dilaksanakan pagi ini di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan.


MAJLIS UPACARA PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN RENDAH JABATAN AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Bolkiah Garison - Juma'at 13 Mac 2020 Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Upacara Penyampaian Kenaikan bagi Pangkat PTB-PTB Kanan dan Rendah bagi anggota-anggota Jabatan Agama ABDB yang berlangsung di Dewan Konsert Wira Seni, Pancaragam ABDB.


MAJLIS PENGHARGAAN GURU-GURU AGAMA AWAM ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Bolkiah Garison - Isnin, 13 Februari 2017 Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengadakan satu majlis penghargaan bagi guru-guru agama awam yang telah bersara dan tamat kontrak perkhidmatan di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN DAN RENDAH JABATAN AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Bolkiah Garison - Juma'at 10 Februari 2017 Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan majlis kenaikan pangkat PTB-PTB kanan dan Rendah bagi anggota-anggota Jabatan Agama ABDB yang berlangsung di Dewan Wira Seni (Concert Hall), Pancaragam ABDB.

View all News