BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 Januari 2026 – Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diagihkan kepada warga Jabatanarah Agama ABDB bagi tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi, dalam majlis penyerahan yang berlangsung di Bilik Muzakarah, Jabatanarah Agama ABDB, Bolkiah Garison.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Agama, Leftenan Kolonel Abdul Mujib Bin Haji Japar selaku tetamu kehormat, kepada ketua-ketua Pejabat dan sel di bawah JAMA'AT ABDB bagi pelaksanaan pengagihan kepada setiap pegawai,anggota serta awam masing-masing.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan acara penyerahan kurma kurnia peribadi.
Pengurniaan kurma kurnia peribadi setiap menjelangnya bulan suci Ramadan merupakan amalan kebajikan Baginda yang sentiasa dinanti-nantikan, mencerminkan sikap pemedulian serta kasih sayang Baginda kepada rakyat dan penduduk yang beragama Islam di negara ini.
Pengurniaan tersebut juga merupakan salah satu amal jariah Baginda, yang dihasratkan dapat dinikmati sebagai juadah berbuka puasa oleh semua golongan umat Islam di Negara Brunei Darussalam sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
