Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES RELIGUS AFFAIRS DIRECTORATE (JAMA'AT) ABDB DISTINGUISHED LECTURE : ”AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM CABARAN KONTEMPORARI ”
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/Jan%20-%20Dec%202026/aswj5.jpg

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 5 February 2026 - The Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA'AT) ABDB organised a distinguished lecture entitled Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah in Contemporary Challenges", held at the Lecture Hall of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies.

The programme was organised by the Religious Doctrine Cell of (JAMA'AT) ABDB and coordinated by industrial training students from Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) who are currently attached to (JAMA'AT) ABDB as industrial trainees. It was designed to enhance understanding of the Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah and to address contemporary ideological challenges, including liberalism, secularism, radicalism, and extremism, through a disciplined and scholarly approach.

The lecture was delivered by Associate Professor Dr Anis Malik Thoha, Dean of the Faculty of Islamic Development Management at UNISSA. He shared insights grounded in Islamic creed, philosophy, and comparative religion, with an emphasis on strengthening faith and resilience among military personnel.

The event was attended by more than 50 participants from various units under the Ministry of Defence (MINDEF). Also present was Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the Religious Directorate, ABDB. This event reflects the commitment of (JAMA'AT) ABDB in upholding and advocating the Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah as the authentic and rightful guidance, while simultaneously fostering awareness and vigilance against ideologies, thoughts, and movements that contradict or deviate from its fundamental principles.

 

 

 

 

MAJLIS 'KULIAH KHAS: AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DALAM CABARAN KONTEMPORARI DI JABATANARAH AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRA JA BRUNEI ( JAMA'AT)

BOLKIAH GARISON, Khamis, 5 Februari 2026 - Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) ABDB telah menganjurkan satu Kuliah Khas bertajuk “Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam Cabaran Kontemporari" bertempat di Dewan Kuliah, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Program ini dianjurkan oleh Sel Doktrin Keugamaan (JAMA'AT) ABDB dan dikoordinasikan oleh pelajar latihan industri dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang sedang menjalani penempatan latihan di ( JAMA'AT) ABDB. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai akidah Ahli Sunnah wal Jamaah serta membincangkan cabaran ideologi kontemporari, termasuk liberalisme, sekularisme, radikalisme dan ekstremisme, melalui pendekatan ilmiah dan berdisiplin.

Kuliah khas ini telah disampaikan oleh Yang Mulia Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA. Beliau telah berkongsi pelbagai kupasan dan pandangan berasaskan akidah Islam, falsafah serta perbandingan agama, dengan penekanan terhadap pengukuhan iman dan ketahanan jati diri dalam kalangan warga ketenteraan.

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih daripada 50 orang peserta daripada pelbagai unit di bawah Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Direktorat Ugama ABDB. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen ( JAMA'AT) ABDB dalam memelihara dan memperkukuhkan pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai panduan yang sahih dan benar, di samping meningkatkan kesedaran serta kewaspadaan terhadap fahaman, pemikiran dan ideologi yang bercanggah atau menyimpang daripada prinsip-prinsip asas Islam.