Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

Bengkel Zakat Fitrah dan Fidyah
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/Jan%20-%20Dec%202026/aswj5.jpg

BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 25 February 2025 - The Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate, through its Training Office, organised the Fidyah and Zakat Workshop 1447H/2026M as an initiative to enhance understanding and strengthen the competencies of amil under the Ministry of Defence.

The workshop aimed to deepen participant's knowledge of fiqh related to fidyah and zakat, focusing on the accurate calculation and distribution procedures and ensure that entrusted responsibilities are carried out in accordance with Islamic law and current guidelines. It also addressed aspects of governance in the management of Zakat, Waqf, and Islamic welfare affairs.

In addition to the participation of amil under the Ministry of Defence, the workshop was also attended by amil from the Royal Brunei Police Force, thereby broadening inter-agency collaboration in strengthening the management and implementation of zakat and fidyah in a more integrated manner.

The workshop was delivered by officers and staff from the Department of Zakat, Waqaf and Baitulmal (JUZWAB). The module provided comprehensive exposure and practical guidance to the participants.

The workshop reflects the continued commitment of the RBAF Religious Directorate in strengthening the management of Islamic affairs, particularly in ensuring that the collection and distribution of zakat and fidyah are implemented in a systematic, transparent, and effective manner for the collective well-being.

zf4.jpg (692×519)

zf1.jpg (686×515)

zf2.jpg (1280×960)

BOLKIAH GARISON, Rabu, 25 Februari 2025 - Jabatanarah Agama ABDB melalui Pejabat Tarbiah telah menganjurkan Bengkel Fidyah dan Zakat Tahun 1447H/2026M sebagai inisiatif memperkasa kefahaman serta meningkatkan kompetensi amil-amil di bawah Kementerian Pertahanan.

Bengkel tersebut bertujuan memperkukuh pengetahuan fiqh berkaitan fidyah dan zakat, memperjelas prosedur pengiraan serta pengagihan yang tepat, dan memastikan pelaksanaan amanah berjalan selaras dengan hukum syarak serta garis panduan semasa. Bengkel ini turut mendedahkan beberapa aspek tadbir urus dalam pengurusan Zakat, Waqaf dan kebajikan umat Islam.

Selain penyertaan amil-amil di bawah Kementerian Pertahanan, bengkel ini turut disertai oleh amil daripada Pasukan Polis Diraja Brunei, sekali gus memperluas jaringan kerjasama antara agensi dalam memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan zakat serta fidyah secara lebih bersepadu.

Penyampai bengkel tersebut terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal (JUZWAB). Modul yang telah disampaikan memberikan pendedahan yang komprehensif serta panduan praktikal kepada para peserta.

Bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatanarah Agama ABDB dalam memperkasa pengurusan hal ehwal agama, khususnya dalam memastikan kutipan dan agihan zakat serta fidyah dilaksanakan secara sistematik, telus dan berkesan demi kesejahteraan bersama.