Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FAREWELL CEREMONY FOR INDUSTRIAL TRAINING STUDENTS AT THE RELIGIOUS DIRECTORATE OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES (JAMA’AT ABDB)

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 26 March 2026 – The Religious Directorate of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT ABDB) held a Farewell Ceremony for two industrial training students from Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) for the 2024–2025 academic session.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of JAMA'AT ABDB, accompanied by officers and personnel of JAMA'AT ABDB.

The ceremony commenced with a group photography session, followed by the presentation of certificates of appreciation to the students. This was followed by the recitation of Surah al-Fatihah and an appreciation speech delivered by the student representative.

Throughout the 11-week industrial training period, the students were exposed to various assignments and activities, including research, writing, presentations, and the organisation of programmes such as distinguish lecture. This exposure provided the students with the opportunity to integrate theoretical knowledge with practical experience, thereby enhancing their understanding of the roles and functions of JAMA'AT ABDB.

The ceremony continued with a reception and concluded with a closing prayer, marking the end of the industrial training session for this year.

The ceremony not only reflected JAMA'AT ABDB's appreciation for the contributions of the students, but also strengthened the strategic collaboration between JAMA'AT ABDB and UNISSA.

fi2.jpg (853×1280)

fi3.jpg (853×1280)

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI JABATANARAH AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (JAMA'AT ABDB)

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mac 2026 – Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB) telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi dua orang pelajar latihan industri dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bagi sesi pengajian 2024–2025.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah JAMA'AT ABDB, bersama pegawai dan anggota JAMA'AT ABDB.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti penyampaian sijil penghargaan kepada para pelajar. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Surah al-Fatihah dan ucapan penghargaan yang disampaikan oleh wakil pelajar.

Sepanjang tempoh 11 minggu menjalani latihan industri, para pelajar telah didedahkan kepada pelbagai tugasan dan aktiviti, termasuk penyelidikan, penulisan, pembentangan serta pengendalian program seperti Kuliah Khas. Pendedahan ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menggabungkan pengetahuan teori dan pengalaman praktikal, sekali gus meningkatkan kefahaman mereka mengenai peranan dan fungsi JAMA'AT ABDB.

Majlis diikuti dengan jamuan dan bacaan doa penutup, sekali gus menandakan berakhirnya sesi latihan industri bagi tahun ini.

Majlis ini bukan sahaja menzahirkan penghargaan JAMA'AT ABDB terhadap sumbangan para pelajar, malah turut mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara JAMA'AT ABDB dan UNISSA.