Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1/2016

Bolkiah Garison, 7 Oktober 2016 - Majlis Penutup Kursus Bahasa Arab komunikasi anjuran Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) bagi semua warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan kepada warga Kementertian Pertahanan telah diadakan pada pagi jumaat. Ianya adalah bertujuan sebagai usaha untuk memberikan pendidikan dan dorongan kepada peseta supaya mempelajari Bahasa Arab.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftanan Komander Haji Ainolnizam Bin Haji Ibrahim, Ketua Jabatan Agama ABDB. Diantara ucapan beliau ialah "Kepentingan Bahasa Arab ini dapatlah disenaraikan sebagai ilmu yang terpenting, kerana bahasanya yang indah, iaitu bahasa syurga dan juga bahasa yang digunakan di dalam bacaan Al-Quran. Oleh itu, kenalah kita fahami makna ayat-ayat yang terdapat di dalamnya."

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diteruskan dengan persembahan bacaan Al-Quran dari peserta kursus iaiti 16842 Sarjan Ak Md Faizulazmi bin Pg Arifin yang membacakan Surah Az-zumar, ayat 1 hingga 9. Doa penutup telah dibacakan oleh 13010 Sarjan Mazlan bin Bujang.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 9 anggota ABDB dan  telah diadakan bermula pada 05 Oktober 2016 hingga 07 Oktober 2016 bertempat di kelas Bilik Muzakarah 1, Pejabat Bahagian Ugama JPTM, Bolkiah Garison. 

Objektif kursus ini diadakan ialah membolehkan peseta kursus memahami perkataan, ungkåpan dan ayat yang mudah dalam Bahasa Arab, selain itu juga dapat menjana pengetahuan tentang asas komunikasi dallas Bahasa Arab.