Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS UPACARA PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN RENDAH JABATAN AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
http://www.agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/Article/2020/kenaikan%20pkt%202020.jpg
Bolkiah Garison - Juma'at 13 Mac 2020 Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Upacara Penyampaian Kenaikan bagi Pangkat PTB-PTB Kanan dan Rendah bagi anggota-anggota Jabatan Agama ABDB yang berlangsung di Dewan Konsert Wira Seni, Pancaragam ABDB.
 
Hadir di majlis tersebut ialah Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Ketua Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Selaku tetamu kehormat majlis, Ustaz Ikram bin Nokman, Pegawai Pembangunan & Bimbingan Rumahtangga, pegawai-pegawai tentera JAMA'AT, jemputan-jemputan khas dan warga Jabatan Agama ABDB.
 
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Imam Suhif bin Hj Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison. Dan seterusnya penyempurnaan pangkat yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.
 
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Imam Suhif bin Hj Abdullah, Imam Surau Ad-Difa’ Bolkiah Garison dan sesi bergambar ramai.