BERAKAS GARISON, Juma'at, 22hb September 2023 - Forum Kesejahteraan Keluarga telah diadakan sempena Hari Ulang Tahun TDDB ke-61 tahun bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) berpeluang dijemput sebagai moderator forum iaitu Ustazah Hjh Nur Hamizah binti Haji Abdullah, Pekerja Tingkat Khas JAMA'AT di samping ahli-ahli panel jemputan iaitu Ustazah Siti Juhaidah binti Hj Bujang, Pegawai Ugama dari Pusat Dakwah Islamiah selaku ahli panel pertama dan Kapten Siti Hafizah binti Abdul Khalid, Pegawai Kaunseling dari Pusat Prihatin ABDB selaku ahli panel kedua.
Dengan bertemakan “Keafiatan Mental Membentuk Keluarga Sakinah", Forum tersebut menyentuh mengenai pentingnya kesedaran orang ramai mengenai kesihatan mental dalam membentuk keluarga sakinah. Sebuah keluarga Sakinah ialah keluarga yang dipenuhi ketenteraman dan kasih sayang serta mengamalkan nilai-nilai ajaran agama Islam yang mana jika diamalkan dengan cara betul, boleh membawa kepada keafiatan mental dalam melayari kehidupan berkeluarga. Forum ini juga mengupas mengenai isu kesihatan mental yang sering berlaku seperti depression, anxiety dan juga stress yang mana kebanyakannya berpunca dari sifat yang terlalu memikirkan banyak perkara secara berlebihan (overthinking).
Hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis ialah Pg Hjh Rozedah binti Pg Hj Sulaiman, ketua BAKTI cawangan Tentera Darat Diraja Brunei. Para hadirin terdiri daripada Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah serta isteri-isteri anggota TDDB.
