Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL BENGKEL TAHSINUL FIKRAH
Gambar Penutup Bengkel

BOLKIAH GARISON​, Khamis,  09 November 2023 - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Tahsinul Fikrah telah diadakan dan bertempat di Bilik Syura, Jabatanarah Agama ABDB, Markas Bolkiah Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pegawai Turus Tarbiah Agama, Jabatanaram Agama ABDB Yang Mulia 761 Lt Kol Ariffin bin Amit sekaligus menyampaikan sijil penyertaan dan merasmikan penutup bengkel tersebut. Turut hadir majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah JAMA'AT serta  peserta-peserta bengkel. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Al-Kahfi ayat 1 hingga 10, diikuti dengan ucapan daripada penyelaras bengkel, Yang Mulia Dayang Nurul Anni Sakinah binti Suip dan diteruskan dengan persembahan pengkafanan jenazah daripada dua orang wakil peserta bengkel. Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil kepada peserta-peserta dan perasmian penutup Bengkel Tahsinul Fikrah. 

Seramai 9 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota ABDB serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan telah menamatkan Bengkel Tahsinul Fikrah (penyempurnaan Jenazah) selama 3 hari yang telah bermula pada 06 November 2023 hingga 08 November 2023. 

Bengkel ini mampu memberikan pendedahan dan bimbingan Fardhu Kifayah terutama sekali tentang kesempurnaan dalam pengurusan jenazah secara teori dan praktikal. Modul-modul bengkel ini juga memfokuskan mengenai penyempurnaan jenazah bermula dari cara yang pertama iaitu dari memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, solat jenazah sehinggalah pengurusan pengebumian jenazah. Dengan adanya bengkel ini, mampu menjadikan peserta dalam kalangan anggota-anggota ABDB dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang berupaya untuk memberikan bantuan terhadap penyempurnaan jenazah ketika di dalam situasi yang diperlukan.

DSC_0044.jpg (6000×4000)

DSC_0022.jpg (6000×4000)

DSC_0005.jpg (6000×4000)