Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JERAYAWARA HALA TUJU LEPASAN PELAJAR-PELAJAR INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
Gambar bersama ITQSHHB

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 November 2023 – Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) telah dijemput untuk mengadakan Pameran Kerjaya Halatuju bagi Pelajar-pelajar Lepasan Pelajar Tahun 11 (2023) di bawah anjuran Bahagian Kaunseling dan Kerjaya Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) di Dewan Serbaguna Bangunan Asrama Lelaki ITQSHHB.

Pameran telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya penyampaian Sijil Penyertaan oleh Ustaz Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusop, Pemangku Pengetua ITQSHHB kepada Mejar Fahzilleana Emey bte Ahmad, Pegawai Pengendali Pameran JAMA'AT.

Adapun tujuan pameran kerjaya tersebut diadakan adalah bagi memberikan pencerahan dan maklumat serta membantu para pelajar lepasan merancang hala tuju peluang pekerjaan yang bersesuaian selepas tamat peperiksaan 'O' Level dan Sijil Pelajaran Ugama Brunei 2023.​

DSC_0059.jpg (6000×4000)

DSC_0083.jpg (6000×4000) 

DSC_0129.jpg (6000×4000)