BOLKIAH GARISON, Khamis, 07 September 2023 – Kira-kira seramai lebih kurang 70 peserta Bengkel Dikir Syarafil Anam & dikir Daibaie telah menyertai Bengkel anjuran Jabatanarah Agama ABDB yang diadakan di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison.
Ia merupakan inisiatif JAMAAT sebagai usaha berterusan memlatihkan lagu-lagu Dikir Brunei supaya tidak dilupakan oleh segenap masyarakat masa kini. Di samping itu juga peserta juga didedahkan akan dikir Daibai'e yang merupakan anatara dikir-dikir yang sering diperdengarkan oleh Masyarakat Brunei pada masa kini.
Bengkel tersebut berlangsung selama empat hari bermula pada 4 September hingga 7 September 2023 dan dibimbing oleh Imam Haji Daud yang merupakan pakar dalam pembawaan dikir-dikir Brunei ini. Ianya bertujuan menggalakkan anggota ABDB dan Kementerian Pertahanan untuk ikut serta kegiatan masjid dan surau-surau di perkampongan masing-masing dan memupuk minat mereka untuk belajar dalam lagu-lagu dikir di samping dapat mempromosikan lagu-lagu Dikir kepada masyarakat khususnya kepada semua anggota ABDB dan Kementerian Pertahanan.
Selain itu juga, ianya adalah untuk persediakan bagi para peserta untuk membawakan dan menyemarakkan malam malam maulidur Rasul yang akan menjelang tidak lama lagi. Pihak JAMAAT berhasrat agar perkara tersebut akan dilaratkan lagi kepada semua anggota-anggota di seluruh surau-surau perkhemahan tentera pada malam-malam Maulidur Rasul nanti.

