Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PENGLIBATAN PEGAWAI DAN ANGGOTA JABATANARAH AGAMA ABDB DALAM PERSEMBAHAN BAGI MAJLIS MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAAN 1445 HIJRAH BERSAMAAN DENGAN 2024 MASIHI
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/April%20-%20Dec%202024/mm1.jpg

INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, BERAKAS, Thursday, 23 Mei 2024 – The Final of the National Level Musabaqah Al-Quran Reading for Adults for 1445 Hijrah, corresponding to 2024 Masihi, held over three consecutive nights starting from Tuesday night, Wednesday night, and Thursday night, the 13th, 14th, and 15th of Zulkaedah 1445 Hijrah, corresponding to the 21st, 22nd, and 23rd of May 2024 Masihi, took place at the Plenary Hall, Brunei International Convention Center, involving a total of 18 officers and members of the public and military personnel from the Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT) to present various types of performances throughout the event.

Among the performances carried out during the 3-day event were recitations of Selawat, Marhaban and Syukran Lakum, accompanied by 16 male officers and members of the civillians and military personnel from JAMA'AT and several officers and members from other ministries. Meanwhile, the competition was accompanied by the delivery of lessons ('ibrah) after the recitation of the holy verses of the Quran by the competition participants for about 1 minute, delivered by 2 officers from the Ministry of Religious Affairs and 2 officers from the Ministry of Defence, namely Yang Mulia Muhammad Rif'at Atiyah bin Haji Anwari and Yang Mulia Siti Julaiha binti Puasa, who are Special Duties Officers, Grade II at JAMA'AT.

Taking excerpts from Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin's welcoming remarks, emphasising the importance of understanding the meaning, and the interpretation, and conclusion of the lessons from the recited verses, as presented during the event. Hopefully, with this effort, it will further bring the public closer to loving and pondering over the al-Qur'an.

JAMA'AT's involvement in this event is a collaboration organised by the Ministry of Religious Affairs, managed by the Ministry of Defence, Ministry of Finance and Economy, Ministry of Primary Resources and Tourism, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, TAIB Holdings Sdn. Bhd, and Darussalam Holdings Sdn. Bhd.

May the religious contributions of JAMA'AT officers and members in the success of such events further develop the role of the Ministry of Defence in general and JAMA'AT in particular, in dedicating themselves to various areas of expertise and abilities including religious affairs for the people of Brunei Darussalam.​​​



mm2.jpg (1600×1066)

mm3.jpg (486×449)

mm4.jpg (1600×1200)

mm5.jpg (3977×2651) 

PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS, Khamis, 23 Mei 2024 – Majlis Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaaan 1445 Hijrah bersamaan dengan 2024 Masihi yang diadakan selama tiga malam berturut-turut bermula Hari Selasa malam Rabu, Rabu malam Khamis, dan Khamis malam Jumaat, 13, 14 dan 15 Zulkaedah 1445 Hijrah bersamaan 21, 22, dan 23 Mei 2024 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas telah melibatkan seramai 18 orang pegawai dan anggota awam dan tentera daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) untuk membuat beberapa persembahan sepanjang majlis berlangsung.​

Di antara persembahan yang dilaksanakan sepanjang 3 hari majlis tersebut adalah persembahan Selawat, Marhaban dan Syukran Lakum yang disertai oleh 16 orang pegawai dan anggota lelaki awam dan tentera JAMA'AT dan beberapa orang pegawai dan anggota daripada kementerian-kementerian lain. Manakala, pertandingan musabaqah diiringi dengan penyampaian 'ibrah atau pengajaran selepas ayat-ayat suci al-Qur'an dibacakan oleh peserta-peserta pertandingan selama lebih kurang 1 minit yang disampaikan oleh 2 orang pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama dan 2 orang pegawai daripada Kementerian Pertahanan iaitu Yang Mulia Muhammad Rif'at Atiyah bin Haji Anwari dan Yang Mulia Siti Julaiha binti Puasa yang merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas, Tingkat II di JAMA'AT.

Mengambil petikan sembah alu-aluan daripada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin yang antaranya menekankan kepentingan untuk mengetahui makna dan tafsir serta kesimpulan pengajaran ayat-ayat yang dibacakan iaitu 'ibrahnya sepertimana yang telah disampaikan semasa majlis berlangsung. Semoga dengan usaha ini, dapat mendekatkan lagi orang ramai kepada mencintai dan mentadabbur al-Qur'an.

Penglibatan JAMA'AT di majlis ini merupakan kerjasama yang dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd, dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd.

 Semoga sumbangan keugamaan pegawai dan anggota JAMA'AT dalam menjayakan majlis seperti ini dapat mengembangkan lagi peranan Kementerian Pertahanan amnya dan JAMA'AT khasnya dalam mencurah bakti dengan pelbagai bidang kepakaran dan kebolehan termasuk bidang agama kepada masyarakat di Negara Brunei Darussalam.​