Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN KURSUS PENGURUSAN DAN PENGAJIAN AGAMA KELAS 1 / 2024
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/April%20-%20Dec%202024/IMG_9610.jpg

Bolkiah Garisson, Selasa 30 Julai 2024 – Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Kursus Pengurusan dan Pengajian Agama Kelas 1 2024 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Agama, Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan di Surau Ad-Difa, Kementerian Pertahanan. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.   Turut hadir adalah Pegawai-pegawai JAMA'AT dan jemputan khas, Pegawai-pegawai unit luar dan Jurulatih-jurulatih daripada JAMA'AT.

Majlis dimulakan dengan bacaan Khatam oleh peserta kursus yang dikepalai oleh 54513 Sld Wan Muhammad Amer Hasnawi bin Wan Mohd Mohd Nazulkipli. Diteruskan dengan bacaan takhtim yang diketuai oleh 54843 Sld Md Farid Asraaf bin Mohd Masri dan dikir Marhaban diketuai oleh 53026 Sld Mohd Aiman bin Saili.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari pegawai pengendai kursus iaitu berkenaan pengisian kursus yang mana ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota Jabatanarah Agama ABDB yang memegang jawatan sebagai Pembantu Agama Medan. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan anggota JAMA'AT yang akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab Keagamaan di Surau-Surau Perkhemahan  dan juga di Medan seperti menjadi imam dan bilal, mengungkayahkan tatacara keagamaan, mengajar tatacara ibadah ketika berada didalam operasi dan juga pengurusan penyempurnaan jenazah.

Kursus ini telah dijalankan selama 2 Bulan bermula pada 4 Jun 2024 hingga 31 Julai 2024 dan dihadiri oleh 24 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada Jabatanarah Agama ABDB sendiri, Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Brunei,

Majlis teruskan lagi dengan penyampaian Sijil oleh Yang Mulia tetamu Kehormat Majlis dan Penutupan Rasmi Majlis Kursus Pengurusan dan Pengajian Agama Kelas 1 2024. Penuntut Terbaik bagi Keseluruhan disandang oleh 54161 Sld Abdul Muíz bin Hj Abdul Mutalib. penuntut terbaik Teori dan hafazan Al-Quran disandang oleh 54515 Sld Mohammad Fahmi Izzudin bin Mudim Hj Awg Tamin. Penuntut terbaik Pembentangan disandang oleh 22199 Sld Nurul Nadirah binti Pg Rakawi dan Penuntut Amali Terbaik disandang oleh 52856 Sld Ak Md Zahwan bin Pg Mohammad.

Dalam ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat sempat merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta kursus dan jurulatih-jurulatih yang terlibat dengan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dengan profesional dan penuh dedikasi serta melaksanakan tugas dengan jujur, ikhlas dan amanah diiringi dengan usaha, istiqamah dan nilai-nilai murni serta mengakhiri ucapan beliau dengan Penutupan Rasmi Majlis kursus Pengurusan dan Pengajian Agama Kelas 1 2024.

 


IMG_9606.jpg (2592×1728)

IMG_9592.jpg (2592×1728)

IMG_9598.jpg (2592×1728) 


IMG_9577.jpg (2592×1728)

IMG_9506 (1).jpg (2592×1728)