Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PROGRAM CERAMAH DAN DEMONSTRASI SOLAT KHAUF
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/April%20-%20Dec%202024/WhatsApp%20Image%202024-09-25%20at%2011.24.14_52cece86.jpg

Sekolah Ugama Katok (BSM), Bandar Seri Begawan, 24 September 2024 - Program Ceramah dan Demontrasi Solat Khauf (Sembahyang dalam Perperangan) telah dilaksanakan oleh Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) bagi pelajar-pelajar Sekolah Ugama Katok 'B' telah diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Katok (BSM).

Program tersebut telah dihadiri oleh para guru dan pelajar sekolah tersebut yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang Solat Khauf, termasuklah menerangkan beberapa kaedah dan tatacara perlaksanaannya.

Ceramah mengenai Solat Khauf telah disampaikan oleh 1529 Lt Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Haji Ahmad, Penolong Pegawai Cawangan Latihan Agama (CLA), JAMA'AT dan seterusnya pertunjukan demonstrasi oleh anggota JAMA'AT. Para pelajar juga didedahkan dengan membuat praktikal Solat Khauf menggunakan kaedah Asfan dan Batnun Nahli dan seterusnya diberi peluang untuk menjawab kuiz yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Selawat Badriyyah secara beramai-ramai. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Rudy bin Samsudin selaku wakil Guru Besar Sekolah Ugama Katok 'B' kepada semua anggota JAMA'AT yang terlibat dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.



Picture 

Picture