Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

​TIGA PEGAWAI JAMA'AT TELAH DIPERKENANKAN KENAIKAN PANGKAT
TIGA PEGAWAI JAMA'AT TELAH DIPERKENANKAN KENAIKAN PANGKAT

TIGA PEGAWAI JAMA'AT TELAH DIPERKENANKAN KENAIKAN PANGKAT

BERAKAS GARISON, Juma'at, 1 November 2024 - Atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 3 orang pegawai Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dari Pemangku Kapten dan Leftenan Tetap iaitu 995 Pemangku Kapten Mohd Ayza Azrine bin Mohd Ayahani, 1070 Pemangku Kapten Noria Fatriah binti Haji Abdul Mutalif, dan 1262 Leftenan Siti Nur Hazwani binti Ismail ke pangkat Kapten Tetap.

Majlis Penyampaian Lencana Kenaikan Pangkat telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga Pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat.       

 WhatsApp Image 2024-11-11 at 09.34.18.jpeg

naik5.png

naik6.png

THREE JAMA'AT OFFICERS HAVE BEEN APPROVED FOR PROMOTION

BERAKAS GARRISON, Friday, November 1, 2024 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, three religious officers of the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA'AT) have been promoted from Acting Captainand Substantive Lieutenant, namely 995 Acting Captain Mohd Ayza Azrine bin Mohd Ayahani, 1070 Acting Captain Noria Fatriah binti Haji Abdul Mutalif, and 1262 Lieutenant Siti Nur Hazwani binti Ismail to Substantive Captain.

The rank insignias were presented by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, at the Officers' Mess, Berakas Garrison.


Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Members of Defence Executive Committee, Members of the RBAF Executive Committee and senior officers of the Ministry of Defence as well as family members of the promoted officers.