Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL BENGKEL E TO SOUL BELIA ISLAM MABIMS 1.0 DAN BENGKEL E TO SOUL BELIA ISLAM MABIMS 2.0
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/Jan%20-%20Dec%202025/IMG_1466.jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Jun 2025 – Seramai enam orang anggota daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada tiga orang anggota tentera dan tiga orang anggota awam telah mengikuti bengkel E To Soul Belia MABIMS di Radisson Hotel, bermula daripada 23 Jun 2025 hingga 25 Jun 2025.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haij Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan mewakili Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Ariffin bin Amit, Pegawai Turus Tarbiah Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif MABIMS untuk meningkatkan lagi kemahiran peserta dalam bidang dakwah melalui pendekatan teknologi dan media massa dengan kefahaman dasar dakwah melalui Retorik Dakwah dan Kemahiran Komunikasi. Dasar dakwah ini membantu peserta bengkel untuk mencipta konten dakwah dengan menggunakan applikasi media massa pada masa kini yang lebih berkesan untuk menarik minat pengguna media massa.

Selain itu, bengkel ini juga memberi peluang kepada anggota untuk berkongsi pengalaman bersama peserta belia MABIMS daripada Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura yang turut serta di dalam bengkel ini.