BERAKAS, Khamis, 21 Ogos 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UNISSA berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan ijazah dan diploma kepada 507 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian ijazah dan diploma di Majlis Hafl Al-Takharruj ke 15 yang berlangsung di Dewan Planery, Pusat Persidangan Antarabangsa pada hari ini.
Antara graduan yang menerima pengurniaan ijazah dan diploma tersebut ialah 15993 Pegawai Waran 2 Hj Johary bin Hj Md Salleh, TLDB, Pegawai Waran Penguasa Medan, Pejabat Gerakan Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Beliau telah menerima sijil Diploma Pengajian Islam dengan keputusan cemerlang. Pengajian yang dihadiri beliau ini berlangsung selama 2 tahun bermula daripada bulan ogos 2023 hingga 2025.
Seiring dengan pengurniaan diploma ini Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengucapkan tahniah diatas kecemerlangan yang diperolehi oleh beliau. Kejayaan tersebut merupakan sumber inspirasi kepada organisasi dalam melahirkan anggota berpendidikan, berkualiti dan berkemahiran dalam mendokong Wawasan Brunei 2035.
![RC_1705[1].JPG (6016×4016)](/ArticleImages/Jan%20-%20Dec%202025/RC_1705[1].JPG)
