BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Ogos 2025 – Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui Kursus Sejarah Islam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan penyertaan seramai 105 orang peserta.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta kursus tentang keindahan, kepelbagaian serta peranan seni dan kaligrafi Islam dalam perkembangan tamadun Islam sejak berzaman. Para peserta berpeluang menyaksikan secara langsung hasil karya kaligrafi Islam, seni hiasan, dan teknik penghasilan khat daripada para tenaga pengajar pusat berkenaan.
Sepanjang lawatan, peserta diberikan penerangan jenis-jenis tulisan khat, serta usaha yang dilakukan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam memelihara, mengembangkan dan memperkenalkan seni warisan Islam kepada masyarakat.
Lawatan ini diakhiri dengan bergambar kenang-kenangan di perkarangan Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam.


