BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 16 September 2025 – Officers and staffs of JAMA'AT Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT RBAF) participated in the Da'wah Seminar and Exhibition Tracing 40 Years of the Islamic Da'wah Centre, held over two days from 16 to 17 September 2025 at the di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).
The seminar commenced with an Opening and Interactive Session with Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, followed by a visit to the exhibition area.
In the afternoon of the first day, papers were presented under the theme “Realiti Semasa dan Tuntutan Da'wah Moden" by officers from various government agencies and organisations, including Doctor of Philosophy (PhD) students from local universities.
On the second day, the Seminars continued by presenting the Acting Director of the RBAF Religious Directorate in delivering a paper titled “Strategi Dakwah Berkesan: Peranan Institusi Keluarga, Pendidikan dan Budaya." While in the afternoon, the seminar concluded with a plenary session delivered by the Director of the Islamic Da'wah Centre, Brunei Darussalam, together with religious officers from Sabah, Malaysia, and Kalimantan, Indonesia.
The two-day seminar was attended by representatives from government agencies, association members, and university students.
This participation provided an opportunity for JAMA'AT RBAF officers and staffs to gain experience, share insights, and strengthen regional cooperation networks. It also reinforced JAMA'AT RBAF's commitment to enhancing da'wah efforts and fostering international collaboration, while developing officers' competencies in the field of da'wah and contributing to the spiritual development of the Royal Brunei Armed Forces in a sustainable manner.



PENGLIBATAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM JAMA'AT ABDB DALAM SEMINAR DAKWAH SEMPENA 40 TAHUN PENUBUHAN PUSAT DA'WAH ISLAMIAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 September 2025 – Pegawai dan kakitangan Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB) telah menyertai Seminar Dakwah dan Pameran Menelusuri 40 Tahun Pusat Da'wah Islamiah yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 16 sehingga 17 September 2025 di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB).
Seminar tersebut dimulakan dengan Majlis Perasmian dan Sesi Interaktif bersama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, diikuti dengan lawatan ke tapak pameran.
Pada hari pertama sebelah petang, pembentangan kertas kerja bertemakan “Realiti Semasa dan Tuntutan Da'wah Moden" telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada pelbagai jabatan dan organisasi, termasuk pelajar Doktor Falsafah dari universiti-universiti tempatan.
Pada hari kedua, seminar diteruskan dengan pembentangan kertas kerja yang mana turut mengetengahkan Pemangku Pengarah Agama JAMA'AT ABDB untuk menyampaikan kertas kerja bertajuk “Strategi Dakwah Berkesan: Peranan Institusi Keluarga, Pendidikan dan Budaya." Pada sebelah petang, seminar ditutup dengan sidang pleno yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Da'wah Islamiah Brunei Darussalam bersama pegawai-pegawai agama dari Sabah, Malaysia dan Kalimantan, Indonesia.
Seminar selama dua hari ini juga turut dihadiri oleh wakil-wakil jabatan kerajaan, ahli-ahli persatuan serta pelajar-pelajar universiti.
Penyertaan ini memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan JAMA'AT ABDB untuk menimba pengalaman, berkongsi pandangan, dan memperluas jaringan kerjasama dengan institusi serantau. Ia juga memperkukuh komitmen JAMA'AT ABDB dalam memperkasa dakwah dan membina kerjasama dengan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa, di samping meningkatkan kapasiti pegawai dalam bidang kerja dakwah, serta menyumbang kepada pembangunan rohani Angkatan Bersenjata Diraja Brunei secara berterusan.