BOLKIAH GARRISON, Monday, 27 October 2025 – Officers from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate had attended Public Affairs Subject Matter Expert Exchange (SMEE) in conjunction with the 31st Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise 2025. CARAT is an annual bilateral exercise aimed at enhancing operational integration and between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the United States Navy (USN).
This briefing was organised by the Public Relations Unit (PRU) of the Ministry of Defence, Brunei Darussalam, in collaboration with the USN. It took place at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison, and was also attended by officers from the Ministry of Defence, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and representatives the Royal Brunei Police Force (RBPF).
In this seminar, Lieutenant Colonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, the Ministry of Defence Spokesperson, delivered the opening remarks, highlighting the importance of strengthening collaboration in strategic communication and public affairs, particularly in managing the flow of information during joint military exercises and operations.
The objective of the session was to strengthen bilateral understanding and cooperation in the field of strategic communication and military public affairs. Through the exchange of insights and best practices between the PRU and representatives from the USN, participants gained valuable knowledge in crisis communication management, strategic narrative development, and fostering positive military relations.
The session concluded with an interactive discussion and group presentation, providing an opportunity for participants to share perspectives and recommendations towards strengthening joint communication strategies in the defence sector.

TAKLIMAT PUBLIC AFFAIRS SUBJECT MATTER EXPERT EXCHANGE (SMEE) SEMPENA EKSASAIS COOPERATION AFLOAT READINESS AND TRAINING (CARAT) KE-31, 2025
BOLKIAH GARISON, Isnin, 27 Oktober 2025 – Pegawai-pegawai dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menghadiri Taklimat Public Affairs Subject Matter Expert Exchange (SMEE) sempena Eksesais Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) ke-31 Tahun 2025. Eksesais CARAT merupakan latihan dua hala tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan integrasi operasi antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN).
Taklimat ini telah dianjurkan oleh Unit Perhubungan Awam (UPA), Kementerian Pertahanan, Brunei Darussalam dengan kerjasama Tentera Laut Amerika Syarikat (USN). Sesi tersebut telah diadakan di Institut Pertahanan dan Pengajian Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHBIDSS), Bolkiah Garison, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan, ABDB, serta wakil dari Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Pada seminar ini, Leftenan Kolonel (U) Hasnul Alwe bin Haji Matassan, Jurucakap Kementerian Pertahanan, telah menyampaikan ucapan alu-aluan pembukaan, menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam bidang komunikasi strategik dan perhubungan awam, khususnya dalam pengurusan aliran maklumat semasa latihan dan operasi ketenteraan bersama.
Objektif sesi ini adalah untuk mempertingkatkan pemahaman dan kerjasama dua hala dalam bidang komunikasi strategik dan perhubungan awam ketenteraan. Melalui pertukaran pandangan dan perkongsian amalan terbaik antara UPA dan wakil USN, para peserta telah memperoleh pengetahuan berharga dalam pengurusan komunikasi krisis, pembangunan naratif strategik, serta usaha memperkukuh hubungan positif antara ketenteraan.
Sesi ini diakhiri dengan perbincangan interaktif dan pembentangan kumpulan, yang memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pandangan dan cadangan ke arah memperkukuh komunikasi strategik dalam konteks pertahanan bersama.