Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KUNJUNGAN SEKOLAH UGAMA PANAGA KE JABATANARAH AGAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
https://agamaabdb.mindef.gov.bn/ArticleImages/Jan%20-%20Dec%202025/Sk1.jpg

BOLKIAH GARISON, Khamis, 27 November 2025 - Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) telah menerima kunjungan guru-guru dan pelajar Sekolah Ugama Panaga, Seria. Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh 1296 Kpt (U) Haji Muhammad Syasuandi bin Abu Bakar, selaku Pegawai Pengendali Majlis di Dewan Gerak Badan Lama, Bolkiah Garison.

Ketua rombongan sekolah berkenaan ialah Cikgu Nor Hanizah binti Haji Zaini, Guru Ugama di sekolah tersebut. Sepanjang lawatan, JAMA'AT ABDB telah mendemonstrasi Solat Khauf yang dipersembahkan oleh anggota-anggota daripada JAMA'AT ABDB. Selain itu, para pelajar turut diberi pendedahan mengenai JAMA'AT ABDB melalui pameran yang menonjolkan peranan dan tanggungjawab JAMA'AT ABDB, di samping berpeluang menyertai kuiz yang disediakan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Sk4.jpg (1280×854) 

Sk2.jpg (1280×854) 

Sk3.jpg (1280×854)

Sk5.jpg (1280×854)

​​