BERAKAS, Juma'at, 12 Disember 2025 – Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) telah menganjurkan Sambutan Riadah Ukhuwwah dengan jayanya yang diadakan di Kelab Menunggang Kuda ABDB (Saddle Club ABDB), Berakas Garison.
Turut hadir bagi sama-sama memeriahkan sambutan tersebut adalah Pemangku Pengarah JAMA'AT ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan seluruh Warga JAMA'AT ABDB serta keluarga.
Pelbagai aktiviti sukaneka telah disediakan bagi acara tersebut. Acara sukaneka dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan diteruskan dengan permainan sukaneka secara berkumpulan, antaranya ialah memasukkan straw ke dalam botol secara bergilir-gilir, mengutip gula-gula bagi kanak-kanak dan meneka jawapan yang betul. Disepanjang acara sambutan riadah dijalankan, ianya diselangselikan juga dengan acara cabutan nama-nama bertuah dan penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti sukaneka.
Adapun tujuan sambutan riadah ini dilaksanakan adalah sebagai satu wadah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, dan memupuk serta meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara warga JAMA'AT ABDB, sekaligus beramah mesra bersama ahli keluarga yang hadir sebagai tanda penghargaan kepada keluarga warga JAMA'AT ABDB.






