BOLKIAH GARISON, Isnin, 15 Disember 2025 – Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB) berkesempatan melaksanakan Majlis Penyerahan Voucher Back To School 2026 kepada anggota-anggota JAMA'AT ABDB yang berpangkat Sarjan kebawah Vokasyen AM dan Bantu sempena menjelang persekolahan tahun 2026. Seramai 10 anggota JAMA'AT ABDB yang berpangkat Sarjan kebawah menerima Voucher Back To School 2026. Penyerahan Voucher Back To School 2026 telah diadakan di Bilik Syura, Markas Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Penyerahan Voucher Back To School 2026 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Agama, Jabatanarah Agama ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota serta awam Jabatanarah Agama ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh PW2 Abdul Hafiz bin Hj Abd Jalil dan diteruskan dengan penyerahan Voucher Back mTo School 2026 kepada anggota-anggota JAMA'AT ABDB berpangkat Sarjan kebawah Vokasyen AM dan Bantu dan diakhiri dengan bacaan Doa selamat.


