Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PROGRAM PENDIDIKAN SYARIAH 3.0 (PUASA, QADHA & FIDYAH)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Januari 2026 – Seramai 05 orang peserta dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT ABDB) terdiri daripada 02 anggota lelaki dan 03 anggota wanita bagi lain-lain peringkat telah menyertai Program Pendidikan Syariah 3.0 (Puasa, Qadha dan Fidyah) anjuran Fakulti Syariah dengan Kerjasama Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Program yang berlangusng selama 01 hari ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang hukum-hakam berkaitan ibadah puasa, khususnya berkenaan konsep qadha dan fidyah agar pelaksanaannya selari dengan tuntutan syariah. Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan penerangan yang jelas dan praktikal mengenai tanggungjawab menggantikan puasa, kaedah pengiraan fidyah, serta situasi-situasi yang mewajibkan qadha atau fidyah.

Majlis penutup program diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan yang telah disempurnakan oleh Dr Adibah Husna binti Haji Ismail, Dekan Fakulti Syariah, KUPU SB.

Penganjur berharap agar Program Pendidikan Syariah 3.0 ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada para peserta dan menjadi langkah kecil ke arah melahirkan masyarakat yang lebih peka, berilmu, dan beramal dengan kefahaman agama yang betul, khususnya dalam aspek ibadah puasa, qadha, dan fidyah.

Penyertaan anggota JAMA'AT ABDB kedalam program ini memberi impak secara langsung dan boleh dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran dalam kursus serta bengkel yang dikendalikan oleh Jabatanarah Agama ABDB pada masa akan datang.
WhatsApp Image 2026-01-26 at 12.10.16 (2).jpeg (1280×853)

WhatsApp Image 2026-01-26 at 12.10.15 (2).jpeg (1280×853)